Sunday, October 31, 2010

Pneumococcal & Rotavirus..


Buat kawan2 yg ingin tahu tentang penyakit nie..umi just taip balik apa dalam pamplet yekk..sedikit info untuk semua..

Pneumococcal
-ialah sekumpulan penyakit yg disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan pneumokokus
-Ianya merupakan jangkitan serius yg melibatkan kanak2,lebih2 lagi yg berusia 2 tahun ke bawah
-Apakah penyakitnya :
-Jangkitan pada Radang Selaput Otak atau urat saraf tunjang (Meningitis) - boleh mengakibatkan kecacatan yg serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut - simptom : demam, keletihan, mengantuk atau kelalian, muntah2 dan kekejangan leher

-Jangkitan Darah (Bakteremia) - berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah mengakibatkan jangkitan darah. Ia boleh membawa kepada meningitis - simptom : demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam

-Jangkitan Paru-paru (Pneumonia) - simptom : batuk, kesesakan dada, kahak, demam dengan mengigil dan rasa sejuk

-Jangkitan Telinga Tengah, sebelah dalam gegendang telinga (Otitis Media) - simptom : sakit telinga, demam dan anak kerap menarik telinga

Boleh mengakibatkan :
-Kehilangan pendengaran
-Kerosakan otak
-Kecacatan yg kronik
-Lumpuh
-Kerencatan akal
-Gugup/sukar bertutur
-Maut

Kanak-kanak yg berisiko :
-kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
-yg dihantar ke nursery
-kurang daya tahan kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pd telinga tengah
-terdedah pd asap rokok
-kanak-kanak yg berpenyakit kronik seperti diabetes, jantung, paru-paru, buah pinggang

Rotavirus
-adalah virus yg lumrah dan boleh mengakibatkan demam panas dan muntah2 dikalangan kanak-kanak
-yg berisiko = kanak2 berumur 3 hingga 24 bulan
-boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dr tubuh yg teruk)
-mengakibatkan kejutan, kegagalan buah pinggang atau kerosakan otak dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa

Simptom :
-cirit-birit yg berlanjutan sebanyak 20x sehari selama 3 minggu
-muntah2 yg berlanjutan sehingga 9 hari
-sakit atas kekejangan otot
-demam panas atau sawan
-kelesuan
-kering, sejuk badan
-sedikit/tiada air mata bila menangis
-mulut yg kering dan melekit
-mata yg cengkung dan fontanel yg tenggelam (kwsn lembut pd kepala bayi tempat tulang tengkorak yg belum rapat)
-kehausan keterlaluan

Bagaimana merebak :
-melalui faecal-oral (vrus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain)
-tangan, barang mainan dan objek sekitar yg tercemar
-pengambilan makanan dan minuman yg tercemar
-sentuhan pada permukaan yg tercemar

Rawatan untuk jangkitan rotavirus:
Tiada rawatan yg khusus untuk jangkitan ini

Cara mempercepatkan penyembuhan anak :
-mengelakkan kehilangan air dr tubuh adalah penting. Anak anda akan memerlukan sesaan air yg kerap walaupun selepas muntah. Rumusan minuman untuk hidrasi (ORS) boleh ditambah dalam air minuman anak anda
-jangan memberi anak anda makanan selepas dia muntah. Mulakan dengan memberi makanan yg lembut serta hambar
-jika anak anda enggan makan, berilah makanan sedikit demi sedikit dengan kadar yg kerap
-pastikan anak anda mendapat rehat yg secukupnya

Mengelakkan Jangkitan :
-tidak boleh dibasmi sepenuhnya. Langkah desinfeksi diambil untuk halaman bermain, barangan mainan, serta pencucian tangan biasa boleh dilakukan
-kanak-kanak boleh dilindungi secara berkesan dengan pemberian vaksinasi untuk jangkitan rotavirus

Sekian yek..diharap dapat memberi sedikit info untuk kawan-kawan..

2 comments:

Dilla Ady said...

thanks ana tuk info nih...

bagus gak kan kalu amik injection cegah penyakit nih...tp tu la...mahal jugak ye..

Ana said...

Dilla=bagus laa amik kann mencegah lebih baik dari mengubati kann..hihihi..
lupa nk letak yg rotavirus tue dalam 110 skali..kena amik 2x..