Ana list down kt sini tuk ingatan kita bersama yekk :
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
So bila baca fadilat2 berpuasa pada 10 muharam nie..ana pun ajak2 paksa hubby puasa jugak ari tue..huhu..nasib baik hubby nak..pas tue dengan senyum simpul cakap kt hubby fadilat suami belanja isteri/anak pada 10 muharam nie..bila dengar fadilatnya hubby kata dia nk belanja buka puasa kat luar..huhu..
Bos x masuk masa ari tue..ana pun dengan selamber kuar opis 10minit awal..apa laa sangat 10min awal kann..bukan sejam awal pun..huhuhu..hujan laa pulak ari tue..so ana amik hubby kt umah..pas tue baru gi amik auni kt umah kak aida..lepas tue kitorg pun ke tempat yg telah dipersetujui iaitu Jusco Bukit Tinggi Klang,,dekat jek ngan umah pun..sampai sana pun dah kul 6.45pm..nasib jem sikit jek kt trepik lite tue..
Aksi auni berangan drive kete..
Sampai2 sana pusing2 sambil decide nak buka apa..last2 tue pilih berbuka kt Kenny Rogers..dah lama gak x makan kt Kenny Rogers nie..menu macam biasa laa set ayam yg quarter tue laa..pas tue mesti muffin coklat cam biasa laa..hehehe..
Si kecik nie pulak dengan selamber daddy suh letak dalam baby seat tue..sian dia tersenget2 sebab baby seat tue beso ruangnyaa..dia lak bukan reti duduk sendiri..siap sumbat ngan carrier lagi sebab nk bagi auni muat dalam tue..nasib dia diam jek sampai umi n daddy abis makan..lepas dah kenyang, kitorg pun balik laaa..
Nie gambo auni duduk tersenget..cian anak umi nie..
Bagi yg terlepas fadilat 10 muharam kali nie..tahun depan kalau panjang umur..sama-sama kita buat apa yg kita x dapat buat tahun nie yekk..
3 comments:
kui3x...sian anak sedara akak terperosok dalam kerusi tu...
alahai cutenye auni ngn outfit dia tu...cantik cap dia tu
kak zura=nk wat gane..umi n daddy dia nk mentekedarah..hehehe..
kak G=kitorg mmg suka auni pakai kaler putih..kebnykkan baju auni mmg putih n pink jek..hehehe
Post a Comment